Sunday, January 16, 2011

Sayangnya Allah Pada Kita


Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi...

Kenapa AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa FRUST?
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.' Imam Al-Ghazali

Sumber: Portal Komuniti: Ukhwah.com

ALLAH BERFIRMAN:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)

Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Ujian itu murabbi tanpa suara, tarbiyah dari pencipta, mendewasakan jiwa-jiwa manusia.. لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إلاَّ وُسْعَهَاLa yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


by: AyuMe..

Monday, January 10, 2011

Tetamu Senja

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Nukilan: A. Samad Said

Hari ini radio IKIM menjadi santapan minda.. Sajak Tetamu Senja nukilan A. Samad Said mengetarkan sukma.. Bait-bait sajaknya menyentuh qalbu.. Cahaya hikmah itu menusuk ke jiwa.. menyedarkan aku tentang hakikat hidup.. kita ini musafir dunia, tetamu senja di alam buana.. singgah hanya seketika untuk mencari bekalan hakiki, namun ramai yang tenggelam di bawa arus dunia.. tujuan dan ikrar dengan Tuhan dulu entah ke mana.. malam kan berlabuh.. senja tak menunggu kita.. moga hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.. Insyaallah..


~AyuMe~

Monday, January 3, 2011

Aku: Lobak Merah? Telur? atau Serbuk Kopi?


Anis hampir putus asa dengan masalah yang menimpa hidupnya. Satu masalah berlalu, masalah lain pula datang bertalu-talu. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Perasaan marah, sedih, benci meluat, geram...sebut apa juga perasaan yang menghimpit sanubari, semuanya pernah dirasakan. Sehingga Anis merasakan dirinya dan derita adalah satu. Anis ke rumah ibunya. Kepada ibunya, semua masalah diluahkan dan ibunya mendengar dengan tenang tanpa banyak bicara.

Setelah mendengar dengan penuh empati, ibunya mengajak Anis ke dapur. Ibunya mendidihkan tiga periuk air kosong. Setelah air mendidih, ibunya memasukkan lobak merah, telur dan serbuk kopi asli ke dalam periuk berasingan. Semua dibiarkan mendidih beberapa lama. Selepas itu, ibunya mengeluarkan lobak merah dan telur dari periuk serta meletakkan kedua-duanya ke dalam mangkuk. Periuk yang diisi kopi dituang ke dalam mangkuk juga. Kemudian si ibu menoleh kepada Anis sambil berkata, "Apa yang Anis nampak?" Anis menjawab "lobak merah menjadi lembik,telur menjadi beku dan keras, tapi kopi wangi dan masih rasa kopi. Tapi apa makna semua ini, ibu?"

Ibu Anis menjelaskan, "Lobak merah mulanya keras tetapi setelah dididihkan ia menjadi lembik. Telur pula sebelum dididihkan, kulitnya yang rapuh melindungi isinya yang lembut. Tapi setelah dididihkan, isinya menjadi beku dan keras berbanding sebelumnya. Serbuk kopi ini lain. Sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas, ia seolah-olah mengalah dengan air panas, namun ia berjaya mengubah warna, rasa dan bau air panas tadi. Air yang jernih telah menjadi air kopi. Jatidiri kopi tidak berubah walaupun ia larut dalam air panas, bahkan ia mengubah air kosong panas menjadi air kopi."

Anis merenung jauh ke dalam diri apabila ibu memengang kedua bahunya. Renungan mata ibunya tenang. Dengan penuh kasih sayang, si ibu bertanya, "Mana satu hatimu, anakku...lobak, telur atau kopi?"

Andai soalan terakhir ini ditujukan kepada kita, apa jawapan yang kita ada?

Adakah kita seperti LOBAK MERAH yang keras dengan warna yang gemilang, menjadi lemah dan lembik luar serta dalam apabila dilanda ujian serta cabaran kehidupan...Meratap sepanjang hidup atas malangnya nasib yang menimpa diri.

Atau seperti TELUR yang bermula dengan memiliki hati yang lembut, menjadi keras hati apabila menghadapi ujian serta cabaran kehidupan. Luarannya seperti tidak berubah tetapi dalamannya menjadi keras. Tercari-cari kepada siapa dendam hendak dibalas.

Atau seperti KOPI yang yang tidak pernah hilang jati diri walaupun telah dikisar dan dimasukkan pula ke dalam air yang mendidih sehingga hilang sifat luarannya. Cabaran dan ujian yang dihadapi tidak mengubah jati dirinya. Kepasrahannya menerima apa jua yang mendatang tidak membunuh prinsip dan nilai kebenaran serta tidak menjauhkan dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.Orang sekeliling melihatnya dengan simpati atas apa yang menimpa tetapi dia sendiri tenang. Semuanya diterima sebagai sapaan penuh kasih dari Allah s.w.t.

Akhir sekali hendaklah kita kenali Pencipta melalui ciptaanNya. Hayati sifatNya melalui takdirNya. Semoga panasnya ujian dan cabaran tidak menggugah iman, malah menjadi batu loncatan membentuk peribadi unggul sebagai khalifah dan hamba Allah yang tenang dan tabah walaupun pelbagai ujian dan cabaran yang menimpa.

Anda tahu siapa anda, maka berusahalah untuk membina kualiti diri. Ya Allah, Ya Tuhanku, berikan aku kekuatan dalam menghadapi liku kehidupan ini, agar aku bisa Tabah menghadapi kehidupan. Kerana aku ingin jadi individu yang ibarat KOPI. Kopi tidak hilang kualiti walau dilanda perubahan malah mampu mengubah persekitaran. Memberi aroma yang mengangumkan.. Berikan aku kekuatan Ya Allah agar aku tidak tenggelam dalam gelombang dan arus dunia. agar aku bisa mudik ke muara dunia dengan selamatnya. Berikanlah aku dayung (petunjuk) agar aku bisa dayung sampan kehidupan ini ke destinasi hakiki. Demi Redha Ilahi..

~AyuMe~