Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Tetamu Senja

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Nukilan: A. Samad Said

Hari ini radio IKIM menjadi santapan minda.. Sajak Tetamu Senja nukilan A. Samad Said mengetarkan sukma.. Bait-bait sajaknya menyentuh qalbu.. Cahaya hikmah itu menusuk ke jiwa.. menyedarkan aku tentang hakikat hidup.. kita ini musafir dunia, tetamu senja di alam buana.. singgah hanya seketika untuk mencari bekalan hakiki, namun ramai yang tenggelam di bawa arus dunia.. tujuan dan ikrar dengan Tuhan dulu entah ke mana.. malam kan berlabuh.. senja tak menunggu kita.. moga hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.. Insyaallah..


~AyuMe~

Saturday, September 4, 2010

Erti Merdeka


Peribumimu berjiwa waja
Menyanyikan lagu setia
Hidupkan semula semangat keris warisan
Kerana kita bangsa berwawasan.

Warna kulit bukan sandaran
Citra budaya mengharmonikan
Kerana kita bangsa berdaulat
Langkah seirama haluan senada.

Layar-layar bernakhoda paksi
Kita punya semangat dan versi
Memacu wawasan negara
Mencapai puncak jaya.

Merpati putih riang di bumi ini
Tunas tumbuh citra berwajah
Bintang berkedipan di angkasa
Kedamaian tercipta.

Kita bangsa merdeka
Bebas bersuara menzahir rasa
Erti merdeka anugerah agung
Santapan indah ungkapan agung
Menjadi mahkota harus dijunjung
Kerana merdeka perjuangan bangsa
Lambang maruah negara kita.
Bumi ini menjadi saksi
Detik sejarah tersimpul makna
Tercipta peradaban bangsa
Lahir negara merdeka.

Detik usia berputar
Menzahirkan wawasan bangsa
Perpaduan dipasak kukuh
Bunga keharmonian kembang mekar.

Kehadiranmu disambut mesra
53 tahun usia merdeka
Wargamu menjunjung tinggi
Jasa pahlawan gagah berani.

Anak bangsamu setia berbakti
Mencurah keringat pertahan panji
Keranamu Malaysia ibu pertiwi.

Gedung ilmu kami teroka
Generasi cemerlang inspirasi negara
Realisasi wawasan capai gemilang
Itulah janji warga terbilang.

Nukilan : Ayume : 31 Ogos

Sunday, February 28, 2010

MUhammad s.a.w. You Are The Choosen ONe



~RASULULLAH~

Dalam kegelapan hadirnya cahaya
Dalam kesamaran hadirnya hikmah
Kehadiranmu mengikis sisa jahiliyah
Memahat cinta pada-Mu ya ALLAH.

Kau temukan kami dengan pintu redha-Nya
Kau pandu kami dengan kalimah al-Quran
Kau tinggalkan kami bersama sunnah amalan

Rasulullah ku junjung tinggi perjuanganmu
Tanpamu siapalah kami di sisi-Nya
Hadirmu bersama panji agama
Memimpin ummah mengenal ALLAH.

nukilan: AyuMe 12 Rabiulawal 1431Hijriah.

Thursday, February 18, 2010

BICARA KEDAMAIAN



Merpati putih yang tercalar
terbang mencari bicara kedamaian
lalu dipanah panji harapan

tersungkur perwira tertindas bangsa

Sinar kedamaian pasti menjelma
jati diri bangsa masih utuh terbina
terus berjuang demi fajar pagi
anak bangsaku gagah berjuang.

Bumi bertamadun bukan tukaran
tapi nyawa rakyatnya satu sandaran
kasih sayang tak layu di bumi ini.

Musim bunga kan tiba jua
demi bangsa dan agama
pahlawan pasti mara
menjulang kembali nostalgia silam
menilai semula warkah kehidupan.


nukilan : AyuMe