Saturday, September 4, 2010

Erti Merdeka


Peribumimu berjiwa waja
Menyanyikan lagu setia
Hidupkan semula semangat keris warisan
Kerana kita bangsa berwawasan.

Warna kulit bukan sandaran
Citra budaya mengharmonikan
Kerana kita bangsa berdaulat
Langkah seirama haluan senada.

Layar-layar bernakhoda paksi
Kita punya semangat dan versi
Memacu wawasan negara
Mencapai puncak jaya.

Merpati putih riang di bumi ini
Tunas tumbuh citra berwajah
Bintang berkedipan di angkasa
Kedamaian tercipta.

Kita bangsa merdeka
Bebas bersuara menzahir rasa
Erti merdeka anugerah agung
Santapan indah ungkapan agung
Menjadi mahkota harus dijunjung
Kerana merdeka perjuangan bangsa
Lambang maruah negara kita.
Bumi ini menjadi saksi
Detik sejarah tersimpul makna
Tercipta peradaban bangsa
Lahir negara merdeka.

Detik usia berputar
Menzahirkan wawasan bangsa
Perpaduan dipasak kukuh
Bunga keharmonian kembang mekar.

Kehadiranmu disambut mesra
53 tahun usia merdeka
Wargamu menjunjung tinggi
Jasa pahlawan gagah berani.

Anak bangsamu setia berbakti
Mencurah keringat pertahan panji
Keranamu Malaysia ibu pertiwi.

Gedung ilmu kami teroka
Generasi cemerlang inspirasi negara
Realisasi wawasan capai gemilang
Itulah janji warga terbilang.

Nukilan : Ayume : 31 Ogos

No comments:

Post a Comment